Tuesday, 25 December 2012

Christmas Trip

uhuhu,...macam mana dgn Christmas anda semua,..msti syiok kn,... Christmas Eymmaz kali nie pn syiok jgk,...masa Christmas yg lalu, Eymmaz telah prgi ke Kampung Danu dgn geng Hope KS. Bole dikatakan agak ramai jugak la, sebab kami guna 3 buah kreta. Perjalanan yang mengambil masa selama 2 jam nie mmg agak memenatkan jgk. Tapi berbaloi jugak sebab sampai sna mmg agak terpaku jgk. Tak sangka walaupun zaman dh semakin moden nie, masih juga Eymmaz berkesempatan naik jambatan gantung. Dah tue, suasana kat kpg tue pn tenang jgk sangat2 tenang. Bole mandi sungai lgi kat sna. Air Sungai pn sgt tenang. Air sungai kat sana bukan nya coklat pekat mcm air sungai Batang Rajang, tapi agak jernih dan bole dikatakan air batu la. Banyak batu2 yang cantik bole dijumpai kat sna. Siap ada siput sedut lagi tue. Air nya ada la deras sikit tapi tak lah deras sgt. Kata Sis Castel, salah seorang penduduk sana, Student Unimas mmg slalu prgi ke sana utk berkayak. Memang sesuai sangat pun.uhu
Kampung Danu terletak jauh dari kesibukkan bandar. Masa cuti memang ramai yang datang ke kapmpung nie. Mostly datang untuk bermandi-manda. Kampung nie majoriti dihuni oleh penduduk yang berbangsa Bidayuh. Sepanjang perjalanan ke kampung nie, memang dapat tengok banyak buah rambuatan dan buah durian. Bukan tue saja, banyak lagi buah lain, tapi yg nie favourite la katakan. Ahaha, tanaman padi pun dpt dilihat. Secara kesimpulan, bole dikatakan kebanyakan penduduk di sini bersumber ekonomikan sara diri.
 Memang syiok la. Kami sana di sajikan dengan makanan2 tempatan dan lazat2 semua nya. Antaranya ayam pansuh( ayam yang dimasak dalam buluh), itik kicap, lemang dan sayur campur. Kenyang jugak la. Kawan2 siap bertanding siapa paling manang(hebat) nie kalau bab makan,..ahaha,..Geng Sumandak vs Geng Tanakwaguh...aha mmg syiok,..nak tgk betapa syiok nya kami,..naa tgk gambar nie...
Di laluan masuk utama

Jambatan Gantung

Kemeriahan Christmas


Juadah Christmas




Sayur campur

Ayam Pansuh- Ayam nie dimasak dalam buluh

Kambing Masak Kari

Itik Kicap

Lemang



Menikmati panorama yang indah

Time cari siput sedut

pemandangan yang cantik


Jalan2 main di tepi sungai

wachaa,..happy memory!!!

Happy youth

Pintu Gerbang Kampung Danu



Monday, 24 December 2012

Christmas Day

Wish u all Merry Christmas and Happy New Year,..Let's us visit our member,..ohohoho

Christmas Choir

this video is about the performance that performed by the Moses Life Group of Hope Kota Samarahan during the event Christmas Cum & 11th Anniversary of Hope Kota Samarahan. Enjoy it,.. ^^Y

Christmas Carols Song

Remix 9 of Christmas songs

Christmas Carolling

uhuhu,..sangat seronok nie bila masa mau Christmas, aktiviti yang paling dinantikan ialah Christmas Carolling. Eymmaz ada juga ikut carolling yg dibuat oleh Hope Church selama 3 hari. Memang penat tapi sangat seronok. Pada hari pertama, ada 3 tempat yang dikunjungi. Mula2 dekat Everise Samarindah. First time Eymmaz pergi ke tempat nie. Pengalaman pertama lah katakan. uhuhu Lepas tue kami dipecahkan kepada 2 kumpulan. Kumpulan Pertama pergi ke rumah salah seorang sister dan satu kumpulan lagi pergi ke kampung Semawang. Eymmaz join kumpulan yg pergi ke Kampung Semawang di Asajaya, Kuching. Ini ialah kedatangan Eymmaz yang ketiga kalinya. Kampung nie majoriti dihuni oleh penduduk yang berbangsa Cina dan Iban, setahu Eymmaz lah. ehe
Aktiviti carolling nie start jam 6 ptg dan berakhir jam 10 mlm sepanjang 3 hari. Untuk hari yang kedua, kami pergi ke 3 buah rumah, untuk kumpulan Eymmaz lah,..kumpulan yang satu lagi Eymmaz kurang tau mereka pergi ke rumah siapa...ehe untuk kumpulan Eymmaz, kami pergi ke rumah keluarga Sis Fenny. Walaupun hari hujan pada hari yang kedua, tapi itu bukanlah penghalang kepada kami untuk tidak meneruskan aktiviti ini. uhu Malah makin bertambah seronok dan enjoy pula aktiviti nie..dengan gelagat2 yg cute2, dan yang paling seronok tue bila kami dihidangkan dengan buah durian,..wahhhhh mmg sedapppp,...ahaha almaklumlah sebelum nie kan kalau xbeli mana dpt makan,..ahaha mmg syioookkkk,...
uhu,..utk hari ketiga, Eymmaz xjoin atas sebab2 yg tertentu,.. ehe tapi Eymmaz tetap berharap agar utk Tahun yg akan dtg aktiviti nie akan jadi lebih meriah dan seronok,.. Good job to u all guys yg join aktiviti nie,.. Tuhan Memberkati dan Teruskan Melayani,..^^Y
Di Kampung Semawang





Christmas Cum & 11th Anniversary Hope KS

Event nie dibuat 16hb Disember 2012 yg lalu utk celebrate the coming Christmas & sekaligus celebrate ulang tahun Hope Kota Samarahan yg ke-11,..uhuhu,.. walaupun dh 2 minggu berlalu tapi bahang keseronokan masih tetap terasa,..uhu mana tidaknya,.. banyak yg dtg utk join event nie,..mostly student dari Unimas & UiTM,,..sangat Puji Tuhan, sbb banyak jiwa yg telah dtg utk menghadiri event nie.Yang paling mengejutkan, utk pertama kalinya tempat duduk yg disediakan tak mencukupi...ahaha mmg ramai kan,.. Antara aktiviti yg ada ialah Praise & Worship, Preaching dari Bro.Jason, persembahan koir dari Kumpulan Kehidupan Moses( UiTM student), King & Queen of Christmas Award pun ada . Memang seronok,..
Praise & Worship

Visitors yg datang,..


King of Christmas

Queen of Christmas

Eymmaz with King of Christmas @ Mr.Santa

11th Anniversary cake ( Hand made)

Snow Man Potato

Friday, 21 December 2012

Bro.John & Sis.Jasmine Wedding

Hai semuanya,..hari nie Akak CM nak share 1 berita gembira kepada semua. Pada 15 hb yg lalu Akak CM ada pergi ke satu matrimony wedding kwn Akak iaitu Bro.John & Sis.Jasmine.Mari kita sama2 mendoakan kebahagian mereka semoga kekal sampai ke anak cucu.uhu..


  Comel tak pasangan nie,...ehe serasi kn,..



God Bless U as a new couple,.. ^^Y

Monday, 17 December 2012

Oppa Jesus Style (Oppa Gangnam Style Parody)




Oppa Jesus Style lyrics  is original created...the video is inspired by the original Gangnam Style video,.. well,.. GBU and enjoy this video,.. please do not resist  k,... ^^

Friday, 14 December 2012

I Love Living Life. I Am Happy.

you never win if you never begin. - Nick Vujicic
http://youtu.be/1HNHbucBXrA ,..
khas untuk mereka yang tgh down dan menghadapi mslh,..don't ever give up,..ok,..uhuhu

Harimau Malaya

Kemarin, Skuad Harimau Malaya tewas dengan Thailand,2-0. Memang banyak spekulasi yang timbul.Eymmaz pun xtau nak kata apa. Kalau boleh lah, nasihat Eymmaz lah kan, tak payah nak buang masa dengan kutuk diorang, tak kiralah pemain mahupun jurulatih. Bak kata org, mungkin bukan rezeki kita kan. Kalah tak bermaksud kita nie teruk sangat. Tapi jadikan itu 1 pengalaman untuk membaiki kesilapan yang ada dan untuk menjadi yang lebih baik.

Walau bagaimanapun, Eymmaz nak ucapkan tahniah kepada skuad Harimau Malaya dan jurulatih diorang Datuk K.Rajagopal sebab dah berusaha semaksima mungkin,...All the best untuk perlawanan yang akan datang. Kepada yang suka nak kutuk2 tue, lebih kita sama2 mendoakan skuad Harimau Malaya supaya dibukakan jalan kemenangan dan diberikan kekuatan. Bagus buat pahala daripada buat dosa,..uhuhu 

Jangan marah kalau terasa hati,.. ^^ peace no war,..!!!!

Tuesday, 11 December 2012

Pesta Konvo UiTM Kota Samarahan

UiTM Kota Samarahan telah mengadakan Pesta Konvo Ke-77 pada 3 - 5 Disember 2012 yang lalu. Pesta berkenaan telah diadakan selama 3 hari 3 malam. Memang sangat meriah dengan adanya pelbagai persembahan dan aktiviti yang telah diadakan. Antaranya ialah pertandingan karaoke, Let's Gangnam, larian, dan sebagainya.
Bukan itu sahaja, melalui aktiviti ini, kutipan dana untuk warga Palestin juga turut dilakukan.Aktiviti lain seperti jualan cenderamata, aksesori dan sebagainya pun ada. Walaupun cuaca kurang menggalakkan, tetapi semangat yang ditunjukkan oleh warga UiTM Samarahan sangat bagus. Mereka tetap datang untuk memeriahkan aktiviti tersebut. Wow!!! Semangat UiTM,..!!